Popular Posts

Wednesday 18 January 2012

Kemunculan Mat Kilau


 KEMUNCULAN MAT KILAU   
Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawardan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu. 

   Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuahJawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Sethtelah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun
  
     Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahunbeliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk  belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali  ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Buduuntuk ditadbir oleh beliau..
   
   Apabila Dato' Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .
   
LATAR BELAKANG MAT KILAU    
  • Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau 
  • Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
  • Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
  • Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.
     

Tuesday 17 January 2012

perkara yg sering ku lakukan bila berada didunia global

hari demi hari, minat aku untuk mengetahui sejarah semakin bertambah,,
Aku suka mecari Sejarah Pahlawan-pahlawan  dan  pejuang-pejuang dahulu kala yg memperjuangkan AGAMA,BANGSA, dan TANAH AIR. Aku sering mendapatkan artikel ini daripada blogers,dan juga dari dunia global sekarang ini,

Malaysia Sekarang!
Malaysia sekarang sudah menjadi negara yg menuju ke arah kemodenan, jadi jgn la kita terus lupa tentang sejarah-sejarah tanah air kita  ditelan Arus Zaman,,

Warisan kita harus diteruskan,,
betapa bnyak warisan nenek moyang kita yg telah ditinggalkan oleh mereka,,
Daripada pendapat aku,, setiap anak melayu harus mempelajari ilmu mempertahankan diri, tidak kisah la silat,taekwando,tomoi,wushu apa-apa la,,tapi lebih manis lagi jikalau anak-anak muda kita sekarang ni mewarisi warisan melayu dahulu tidak lain tidak bukan iaitu silat,,